
Tentang Kami
Gerakan Belia 4B Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1965. Idea penubuhan Gerakan ini tercetus hasil lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang dipimpin oleh saudara Mohd. Kassim Shah bersama 29 orang rakan-rakan pimpinan belia yang lain.
​
Dari segi nama pertubuhan ini, 4B ialah singkatan nama bagi cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat.
​
Lambang Gerakan ini terdiri daripada perisai berlatar-belakang warna hijau dengan pecahan bintang berwarna putih mewakili 14 negeri di Malaysia dengan disertai perkataan 4B berwarna merah ditengah-tengahnya. Lambang ini dilengkapi dua tangkai padi masak berwarna kuning emas.
Bendera Gerakan ini dibahagikan sama besar dengan warna merah di sebelah bawah dan putih disebelah atas dengan lambang 4B terletak dipenjuru sebelah kiri. Warna putih bererti memberikan khidmat dengan bersih, tulus dan ikhlas manakala warna merah bererti berani dalam perjuangan menegakkan kebenaran.

01.
Perlembagaan
Seluruh rangkaian Gerakan Belia 4B di peringkat Cawangan, Kawasan, Negeri dan Pusat bergerak dengan berpandukan kepada pemusatan perlembagaan di peringkat Pusat. Perlembagaan Gerakan Belia 4B Malaysia boleh dimuat-turun di link berikut:
Perlembagaan 4B - Pindaan 1/2019
02.
Keahlian
Gerakan Belia 4B (M) Negeri Perlis menggerakkan proses kaderisasi ahli melalui penganjuran program-program kebeliaan dengan mewajibkan para peserta untuk menjadi ahli terlebih dahulu sebelum menyertai program yang dianjurkan.
Sistem kader ini memberi fokus kepada pertambahan keahlian dari kalangan belia yang berumur dibawah 30 tahun melalui penganjuran program-program yang mampu menarik minat kelompok ini. Langkah ini membolehkan Gerakan ini mengenalpasti belia-belia yang berkebolehan dan berpotensi untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan pada masa akan datang.
​
Struktur keahlian Gerakan ini dibahagian kepada 3 Kawasan yang bernaung di bawah organisasi Negeri. Kawasan-kawasan tersebut adalah berasaskan sempadan kawasan Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau. Kepimpinan di peringkat kawasan bertanggungjawab untuk menubuhkan dan mengawal-selia setiap urusan dan perjalanan Cawangan-Cawangan masing-masing.
Pada 1 Januari 2019, Gerakan Belia 4B (M) Negeri Perlis mempunyai seramai 777 orang ahli berdaftar dengan masing-masing 190 orang di Kawasan Padang Besar, Kangar (297) dan Arau (290).
.png)
.png)
03.
Misi & Visi
Perancangan dan gerak kerja Belia 4B di seluruh negara adalah berasaskan kepada gagasan yang berteraskan misi dan visi yang sama meliputi 10 elemen penting dalam perjuangan kebeliaan. Garis matlamat ini menjadi pemangkin dalam kelangsungan Gerakan ini dalam menelusuri beberapa dekad kecemerlangan sebagai peneraju kepimpinan dan haltuju belia di Malaysia.
.png)



