top of page

KLUSTER EKONOMI
Kluster Ekonomi bertanggungjawab menggerakkan usaha untuk memperkenalkan program-program pembangunan ekonomi belia dibawah inisiatif Pembangunan Usahawan Muda Belia Al-Ahsan (PUMBA). Al-Ahsan merupakan perkataan arab yang membawa maksud "yang terbaik".
​
Fokus utama inisiatif ini adalah untuk memanfaatkan kemahiran belia-belia yang menganggur dengan membantu mereka menjana pendapatan secara tetap.

Hasil daripada inisiatif PUMBA, ahli-ahli 4B Perlis kini berpeluang mengusahakan kedai ganting rambut di Arked MARA Simpang Empat, bengkel perusahaan batik di Bazaar MPK Jejawi dan bengkel kayu dan besi di Kampung Padang Nyu.
Selain itu, inisiatif PUMBA juga telah berjaya mewujudkan kumpulan belia yang menyediakan perkhidmatan mesin rumput, pengusaha gerai burger dan kumpulan pengutip buah kelapa di kampung-kampung sekitar negeri Perlis.

Belia 4B Perlis mengambil peranan dengan menyediakan fasiliti dan kemudahan peralatan yang bersesuaian sekaligus mengurangkan modal permulaan untuk bakal usahawan yang berkemahiran memulakan perniagaan mereka. Program-program ekonomi yang diperkenalkan ini menjadi tarikan utama golongan belia untuk menyertai Gerakan Belia 4B di negeri ini.

bottom of page