
KLUSTER AKADEMIK

PENDAHULUAN
-
Pertandingan “SPM Challenge: Practice Makes Perfect” adalah suatu inisiatif Gerakan Belia 4B Perlis untuk menyediakan platform latih-tubi secara online kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dalam negeri Perlis.
-
Pertandingan ini berkonsepkan modular drilling untuk menggalakkan para pelajar menjawab soalan-soalan bertaraf SPM dengan kekerapan dan had masa yang ditentukan untuk setiap matapelajaran.
-
Pertandingan ini memberi ruang kepada calon-calon SPM di negeri ini untuk mendapat gambaran sejauh mana persediaan mereka membuat ulangkaji untuk berhadapan dengan peperiksaan sebenar.
​
​
OBJEKTIF
-
Meningkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar dalam matapelajaran wajib yang terpilih.
-
Menyediakan platform kepada para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan mengetahui tanda aras semasa mereka sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
-
Memupuk semangat persaingan yang sihat melalui pertandingan berkonsep jangka panjang.
SYARAT
-
Pertandingan ini dikhususkan kepada calon-calon SPM tahun 2021 yang berdaftar di sekolah-sekolah menengah kerajaan di seluruh negeri Perlis sahaja
​
-
Setiap peserta hanya layak mendaftar sekali sahaja. Pengesahan identiti peserta akan dibuat semasa pihak penganjur memproses agihan hadiah-hadiah bagi peserta yang memenangi mana-mana kategori hadiah.
​
-
Setiap pelajar akan diberikan link untuk masuk menjawab soalan secara online pada tarikh dan masa yang ditetapkan di dalam jadual. Soalan akan djawab secara serentak oleh semua peserta.
​​

-
Bagi setiap pusingan, peserta yang tidak menyertai mana-mana sesi soalan bagi sesuatu matapelajaran tidak layak untuk menerima hadiah matapelajaran tersebut untuk Pusingan itu.
​
-
Walaubagaimanapun, pelajar tersebut masih layak menerima hadiah bulanan untuk matapelajaran lain sekiranya beliau menyertai semua sesi untuk untuk matapelajaran berkenaan.
​
-
Pihak penganjur akan menentukan kaedah komunikasi yang bersesuaian untuk menyampaikan maklumat berkaitan pertandingan ini dari masa ke semasa.
​Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini, sila muat turun: Kertas Konsep SPM Challenge 2021.
​
Untuk pendaftaran peserta, sila isikan borang online di pautan berikut: Borang Pendaftaran Online - SPM Challenge 2021

