SPM Challenge 2021
- fourbee perlis
- Jul 5, 2021
- 1 min read
Updated: Jul 16, 2021

1. PENDAHULUAN
1.1. Pertandingan “SPM Challenge: Practice Makes Perfect” adalah suatu inisiatif Gerakan Belia 4B Perlis untuk menyediakan platform latih-tubi secara online kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dalam negeri Perlis.
1.2. Pertandingan ini berkonsepkan modular drilling untuk menggalakkan para pelajar menjawab soalan-soalan bertaraf SPM dengan kekerapan dan had masa yang ditentukan untuk setiap matapelajaran.
1.3. Pertandingan ini memberi ruang kepada calon-calon SPM di negeri ini untuk mendapat gambaran sejauh mana persediaan mereka membuat ulangkaji untuk berhadapan dengan peperiksaan sebenar.
2. OBJEKTIF
2.1. Meningkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar dalam matapelajaran wajib yang terpilih.
2.2. Menyediakan platform kepada para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan mengetahui tanda aras semasa mereka sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
2.3. Memupuk semangat persaingan yang sihat melalui pertandingan berkonsep jangka panjang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://belia4bperlis.wixsite.com/index/program-akademik
Commentaires