Bengkel Pecutan Akhir: Peperiksaan SPM
- fourbee perlis
- Nov 1, 2019
- 1 min read
Berdasarkan maklumbalas dan permintaan daripada ibubapa dan sebagai suatu usaha untuk membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, pihak urusetia program Tutorial@Masjid telah membuat keputusan untuk menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman untuk memberi bimbingan ulangkaji saat akhir.

Program Bengkel Pecutan Akhir SPM ini akan diadakan secara percuma di 2 lokasi masjid terpilih iaitu di Masjid Negeri, Arau dan Masjid Alwi, Kangar dengan menawarkan bimbingan berfokus untuk persiapan peperiksaan bagi beberapa matapelajaran utama untuk peringkat SPM.
“Komitmen dan daya usaha yang terbaik serta doa yang sepenuh hati akan memberikan hasil yang kita impikan, insya Allah.” - YB Rozieana Ahmad, Exco Pendidikan Perlis
Akses bimbingan percuma ini diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis (MAIPs) serta Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).
Pendaftaran Peserta
Pendaftaran peserta boleh dibuat menerusi Borang Pendafataran Online yang disediakan oleh pihak urusetia. Sila klik link dibawah untuk mendaftar:
Comentarios