Program Gotong-Royong Taman Perumahan
- fourbee perlis
- Aug 4, 2019
- 1 min read
Gerakan Belia 4B Kawasan Arau telah mengadakan kerjasama dengan Majlis Perbandaran Kangar untuk menganjurkan program gotong royong membersihkan kawasan Taman Pauh Indah dan Taman Sri Pauh pada 4 Ogos 2019.

Program ini diharap dapat memupuk amalan menjaga kebersihan persekitaran taman perumahan tersebut serta menitik-beratkan aspek kerjasama, semangat kejiranan dan gaya hidup yang sihat.
“Penglibatan Belia 4B dalam program ini diharap dapat memberi manfaat kepada generasi muda berkenaan kepentingan memelihara persekitaran yang bersih.” - Mohd. Shukur bin Roshidi, Ahli Majlis, MPK.
Seluruh belia-belia di kawasan sekitar adalah dijemput untuk ikut serta dalam menjayakan program yang amat bermanfaat ini.
Semoga program ini berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.
Komentar